photo Untitled_zps324a6756.png

Wednesday, 29 April 2015

Cenderamata Terindah .

Assalamualaikum . w.b.t


              Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aku bersyukur padaMu Ya Allah kerana masih diberikan nafas untuk aku menulis kembali dalam blog ini . Terima Kasih Ya Allah. Bicaraku pada kali ini adalah tentang erti kehidupan yang aku pelajari setelah aku menamatkan zaman persekolahan aku . Ya, banyak yang aku belajar. Aku belajar bersyukur, belajar berdikari, belajar untuk mengenal diri aku sendiri yang aku rasakan telah lama hilang . Aku belajar bahawa waktu itu tak akan berhenti dan akan terus berjalan . Masa itu emas . benar . Aku lebih banyak belajar cara untuk menghargai masa yang ada, masa yang terluang untuk sesuatu yang berguna. Aku ingin kongsikan sesuatu .


  Aku mengaku yang aku selalu kembali pada masa lalu . masa dimana aku masih belum mengenal tentang erti kehidupan yang sebenar-benarnya, waktu itu aku leka dengan dunia yang aku rasakan adalah tempat untuk aku bersuka ria sahaja, itu dulu . sekarang, aku sudah lebih mengetahui tentang tujuanku sebenarnya. Mengejar pahala meraih syurgaNya . Memang kalau dilihat aku seperti biasa-biasa sahaja tapi aku tak mahu berubah atas dasar arus zaman, atas dasar manusia , tapi yang aku pasti suatu hari nanti aku akan pastikan perubahanku yang sebenar adalah semata-mata kerana Allah S.W.T Taala . Aku tak mahu lagi hidup dengan masa lalu yang aku rasakan sudah cukup membuat aku keliru, membuat aku tak tentu , cukuplah .


    Tapi aku manusia biasa, tetap punya kekurangan merata yang aku cuba carikan kekurangan tersebut untuk aku perbaiki diri aku sendiri . mungkin aku perlukan masa untuk berubah. tak semestinya perubahan aku itu perlukan perubahan yang drastik . Bagi aku , perubahan secara sedikit-sedikit lama-lama nanti akan menjadi banyak jugak . tak kisahlah dosa kita banyak manapun pada masa lalu tapi kalau kita ada niat untuk kembali ke jalan kebenaran InshaAllah pasti akan diampunkan kelak .

    cenderamata terindah ini aku tujukan khas buat semua umat di dunia , kalianlah cenderamata terindah yang telah Allah titipkan padaku sepanjang hidupku ini. tak termampu untuk aku membalas segala kebaikan yang terlah kalian berikan padaku. cukuplah aku sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian di dunia dan di akhirat nanti . InsyaAllah . dan semoga kalian akan terus menjadi cenderamata terindah buatku tak kira dimana , pada bila-bila masa dan mungkin untuk selamanya .

special credit aku berikan kepada :
                                                 Zulkifle dan Puan Hafizah sekeluarga
                                                 Guru2 dan rakan2 Tabika Kemas Kg Pondoi
                                                 Guru2 dan rakan2 SK Tebong
                                                 Guru2 dan rakan2 SMK Bukit Jalor
                                                 Guru2 dan rakan2 SMT Teknik Tuanku Jaafar
                                                 Teman sekerjaku di 7 Eleven Rantau
                                                 dan semua yang mengenaliku .

Terima Kasih Allah, Terima kasih semua! Alhamdulillah, Syukran!

Thursday, 5 June 2014

M E L A Y U S E K A R A N G

Assalamualaikum 

  Aku akui , aku sendiri orang melayu . Tapi , kadang-kadang aku sendiri tak boleh nak terima apa yang orang melayu sendiri buat . Aku agak terkilan . Mana tak nya , cuba kalian pandang di sekeliling kalian , kalian lihat masyarakat sekitar kalian , kalau kalian tak pernah sedar , kalian buta hati . Apa yang terjadi ini realiti , bukan fantasi . 

     Dicanangnya demokrasi , tapi ? Hati besi . Dibilangnyaa perpaduan , tetapi kau sendiri tak akukan . Ini sikap segelintir masyarakat kita , aku tak mahu bilang parti yang mana . Sebab aku masih muda dan belum cukup umur untuk berkata . tapi aku juga punya hak bersura bukan ? sana sini rasuah merata . mengapa tak dibendung ? ini baru coklat cadburry yang dibilang punya DNA babi bukan main lagi digembar-gemburkan . Rasuah yang berlaku keliling kita ? dipandang sepi dan dianggap biasa . Siapa mereka yang sering bermain rasuah ? masyarakat melayu juga . Tolonglah hentikan rasuah , apa yang kau dapat ? Kegembiraan ? Kemewahan ? Kesenangan ? Di akhirat sana yang bisa kau dapat hanyalah kesengsaraan . 

    Disuruh kita memperkukuh bahasa yang dipakai seluruh negara . Bahasa inggeris . Sini aku bilang , kenapa tak diperkukuh sahaja bahasa Arab ? Itu kan bahasa Al-Quran . Apa kalian mahu suatu hari nanti ada yang cuba menjatuhkan umat Islam dengan menukar isi Al-Quran dan memputarbelitkan maknanya , dan kalian hanya membaca tanpa tahu bahawa maksudnya sudah berbeza ? Mahu disandar sama para Hafiz dan Hafizah yang tak seramai mana itu supaya semak apa yang sudah berbeza ? Tak terlarat mereka jika banyak Al-Quran yang telak ditukar makna . 

   Media sosial sebagai penghubung sesama kita . Dikatanya dapat membantu dalam menyebarkan dakwah sesama manusia . Ada yang bercakap benar tapi kebanyakannya dusta . Memang ramai yang menulis status2 tentang agama , tapi kita sedar tak siapa mereka ? Kadan-kadang ada je yang menaip status begitu ketika dia sedang duduk di hadapan televisyen , makan keropok tengok cerita power rangers , lepas itu diagungkan makhluk tersebut dibilang seorang yang pakar tentang agama . Ini minda Melayu , bila ada je yang update status tentang agama , terus dicop orang itu alim ulama . Walhal ada je yang cuba berbuat begitu kerana mahu menunjuk-nunjuk , menimbulkan riak atau mahu meraih perhatian . Tapi ada sahaja yang berbuat demikian atas dasar keperimanusiaan untuk membimbing kita ke jalan yang benar . Ha , itu tidak salah . Yang salah bila yang berbuat demekian tapi tak pernah diaplikasikan dalam dirinya .

    Sudahlah aku sudah penat untuk menaip tentang luahan hati aku yang mungkin tak akan dibaca oleh anda sebab kita dah terleka dengan dunia . Ya , aku akui aku taklah se-alaim mana , punya ilmu setinggi KLCC untuk berbicara , tapi ini pandangan aku terhadap masyarakat kita . Aku sudah bincangkan dengan masyarakat segelintir aku tentang ini , tapi ada yang memekakkan telinga tapi ada yang memberi respon positif juga . semoga kalian hatinya terbuka , matanya terbuka juga . Faham apa yang aku cuba sampaikan walaupun aku masih muda dan kau akan bilang "alah , aku makan garam dulu sebelum kau" , ahh usia tak dikira dalam soal ini . Ini adalah fikiran aku yang mungkin kau akan kata "belum matang lagi ni" tapi bagi aku , ini otak aku . Otak kita berbeza .

    Salam penuh makna . Jangan kau mencaci menghina aku , aku terima apa yang kalian kata , tapi dalam medium yang benar bukan dengan celaan tak berasas . Assalamualaikum